Wednesday, 5 November 2014

Telekung Lycra Vietnam

Telekung Lycra Vietnam


Kain ringan dan sejuk
Telekung ini tidak melekap di badan pemakai kerana piping di bawahnya
Terdapat di dalam warna lain - Purple, Kelabu, Kelabu Gelap, Putih, Hijau
Saiz : Free size
Harga RM80
Sila hubungi/whatsapp 01110677689




Harga sepasang : RM80 termasuk penghantaran 
Kami juga membuka untuk jualan borong.

Friday, 31 October 2014

Tips melancong dan memborong di Vietnam



Assalamualaikum.

Walaupun baru sekali sahaja menjejakkan kaki ke Negara Vietnam tanpa pertolongan dan sebarang panduan, banyak perkara yang telah kami pelajari sejak daripada saat menjejakkan kaki ke Bandar Ho Chin Minh hinggalah saat pulang semula ke Malaysia.

Persiapan sebelum berangkat

Jika anda berhajat untuk membeli belah, tidak perlulah membawa barangan yang banyak. Saya pergi dengan hanya membawa sebuah bag galas yang kecil kerana di sana memang terkenal dengan bag galas/havesack berjenama yang amat murah untuk di bawa pulang.

Anda tidak perlu untuk menukar ke matawang Dong Vietnam dengan banyak kerana kadar tukaran di sana lebih baik daripada di Malaysia. Anda cuma perlu menukarkan lebih kurang RM50 sahaja untuk membayar tambang teksi. Pada waktu itu, kadar tukaran wang di KL untuk RM500 bersamaan dengan 3.13 juta Dong dan apabila sampai di sana, dengan RM500 saya mendapat sebanyak 3.3 juta Dong tetapi ini bergantung kepada kadar semasa.
Jika ingin membeli barangan yang banyak, tambahkan had kargo anda kerana jika terlebih berat di lapangan terbang ketika hendak pulang, anda terpaksa membayar dalam lingkungan RM50 untuk sekg tambahan Jika tambahan awal aau selewat-lewatnya 4 jam (rasa2nya) sebelum berangkat, 10 kg tambahan hanya dalam lingkungan RM44 untuk Airasia.

Ketibaan

Sesampai sahaja ke lapangan terbang, naik ke tingkat atas di balai berlepas dan cuba dapatkan teksi daripada syarikat Vinasun untuk mengelakkan ditipu, sama ada ditipu kadar tambang, jarak ataupun meter. Banyak syarikat teksi ataupun teksi persendirian di balai ketibaan yang cuba menipu penumpang luar negara yang baru tiba.
Jika anda berhajat untuk memborong barangan seperti jubah, telekung atau kain, cuba hubungi mereka sebelum bertolak dan mereka akan menunggu anda di balai ketibaan di lapangan terbang. Ini memang telah menjadi cara peniaga di sana terutama yang beragama Islam atau kaum Melayu Champa. Mereka juga fasih berbahasa Melayu.

Memilih tempat penginapan bukanlah sesuatu yang sukar sekarang ini kerana terdapat pelbagai platform online melainkan mereka yang pergi melalui agensi pelancongan. Orang seperti kami yang lebih suka pergi sendirian lebih suka melakukan semuanya menerusi talian. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Agoda.com untuk tempahan hotel, mereka ini worlwide dan mempunyai talian perkhidmatan pelanggan 24 jam termasuk di dalam bahasa Melayu. Kami memilih untuk menginap di Hotel Saigon Pink 2 kerana hotel tersebut selesa (lihat daripada gambarnya dulu) dan terletak di jalan yang mana peniaga di situ majoritinya beragama Islam dan kebanyakan kedai di situ menggunakan bahasa Melayu disebabkan oleh ramainya pelancong daripada Malaysia. Makanan juga kebanyakannya halal di jalan tersebut. Ia juga terletak tidak sampai 50 meter daripada pasar Ben Tanh.

Jangan lupa membawa multifunctional socket untuk mengecaj handphone ataupun gajet lain kerana plug di sana adalah berbeza. Di sana banyak menjualnya tetapi harga agak tinggi disekitar USD3 tetapi di Malaysia hanya dalam RM1 - RM3 sahaja.

Jika membeli belah di pasar ini, harga yang diletakkan amat tinggi dan anda kena pandai untuk mendapatkan harga potongan. Kadang-kadang harga yang diletakkan itu melebihi RM150 tapi kami dapat membelinya dengan harga kurang daripada RM50 daripada proses tawar menawar. Terdapat juga kedai yang meletakkan tanda harga tetap atau fixed price, dan biasanya memang tidak ada tawar menawar di kedai ini.
Nasihat saya, jangan terus membeli selepas tawar menawar dan cuba tanya harga di dalam matawang yang berbeza. Tanyakan pada peniaga tersebut harga di dalam RM, Dong Vietnam dan USD. Ini kerana terdapat banyak kali kami mendapat harga yang jauh berbeza, contohnya jika bayar menggunakan RM harganya dalam RM100, jika menggunakan Dong Vietnam cuma RM85 dan jika guna USD menjadi lebih mahal dan ada peniaga yang sebaliknya. Ini membuatkan kami menuliskan perbezaan nilai untuk ketiga-tiga matawang tersebut.
Untuk memudahkan, saya lampirkan contoh.




Jadi, adalah lebih baik ketika membeli belah kita membawa matawang yang berlainan, sekurang-kurangnya RM & Dong. Jika Dong lebih murah, kita boleh membayarnya dengan menggunakan Dong dan sebaliknya. Ini kerana matawang Dong lebih rendah nilainya berbanding dengan RM dan pekedai telah menetapkan daripada dulu nilai RM1 bersamaan dengan nilai Dong ketika itu, tetapi hakikatnya nilai RM sentiasa menaik menyebabkan  lebih murah membayar dengan menggunakan Dong.

Kebiasaannya, jika anda telah mula tawar menawar, pekedai itu akan marah jika tidak membelinya dan mereka akan tanya berapa harga yang sanggup dibayar. Jangan berlalu begitu sahaja, berikan harga yang anda hendak dan jika mereka tidak setuju adalah lebih baik daripada kita berlalu begitu sahaja.


 Jaga-jaga dengan wang anda kerana terdapat ramai penyeluk saku di dalam pasar ini. Elakkan menyimpan wang di dalam bag tangan dan purse. Saya ketika di sana memakai seluar yang di dalamnya terdapat seluar pendek berpoket untuk menyimpan wang.

Pembantu kedai di sana biasanya perempuan amat suka menarik kita ke kedai mereka dan ada yang sanggup memegang dan memeluk tak kira lelaki ataupun perempuan.

Kepada yang ingin membeli telekung, pembekal yang terbesar dan paling mahir ialah Hjh Basiroh.
Untuk jubah dan tudung, persaingan adalah sama dan pilihan yang banyak daripada pekedai yang berbeza. Membeli belah untuk produk sebegini kami buat hanya di sepanjang jalan di Hotel Saigon Pink 2 (dlm bulatan) di sebelah Ben Tanh market. Rujuk google map.



Persiapan Pulang ke Malaysia

Sebaik-baiknya, jika barangan yang dibeli banyak, buka plastik pembungkus sebelum diletakkan di dalam bag (scanner kastam boleh kesan pembelian banyak). Elakkan daripada menggunakan bag besar seperti yang diperbuat daripada kanvas dan elakkan menggunakan kotak. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terkena cukai dikastam Malaysia. Elakkan berjalan secara berkumpulan ketika pemeriksaan kastam kerana kebiasaannya rombongan akan membeli dalam kuantiti yang banyak dan ahli kumpulan akan membawa barangan rakan lain atau membahagikan barangan yang hendak di bawa keluar. Pihak kastam juga akan selalu bertanya ataupun memeriksa dengan lebih teliti untuk mereka yang ke sana kurang daripada tiga hari kerana kebiasaannya peniaga yang ke sana untuk mengambil barang hanya akan berada sekejap sahaja di sana. Terdapat juga blogger yang berkongsi bahawa cuba elakkan mengambil penerbangan lewat malam.
Akhir kata, apabila pihak kastam bertanyakan berapa jumlah pembelian, ANDA MESTI TAHU DAN BERSEDIA untuk menjawabnya kerana nilai cukai adalah bergantung kepada nilai belian barangan di dalam RM.

Sekadar perkongsian. Harap membantu.

Tuesday, 28 October 2014

Kain Chiffon

Tahukah anda ?

Perkataan Chiffon berasal daripada bahasa Perancis, iaitu yang bermaksud kain, kain buruk atau kain lap dan ia adalah kain yang nipis.

Kain chiffon telah mula digunapakai sejak dari tahun  1700 di Eropah dan ia dikategorikan sebagai kain mewah untuk menunjukkan status dan kekayaan si pemakainya. Kain chiffon telah diperbuat daripada sutera hinggalah kain jenis nylon dihasilkan pada tahun 1938. Pada tahun 1958, kain jenis polyster telah dihasilkan dan chiffon yang diperbuat daripada polyester telah menjadi terkenal dan digunakan dengan banyak dalam penghasilan kain disebabkan oleh facktor kos dan daya ketahanannya.

Kain chiffon diperbuat daripada gabungan material yang berbeza termasuk sutera, cotton, rayon dan polyester. Karakteristik kain ini menjadikan ia sejenis kain yang unik.
Chiffon adalah lembut tetapi pada masa yang sama ia juga mempunyai tekstur yang kasar. Kain ini mudah diwarnakan untuk menghasilkan pilihan warna yang pelbagai. Cuma chiffon yang diperbuat daripada polyester agak sukar untuk diwarnakan.

Chiffon adalah kain yang sangat nipis. Kebanyakan kainnya adalah jarang, iaitu kita mampu melihat melaluinya jika hanya menggunakannya selapis sahaja.
Kebiasaannya pereka akan menggunakan beberapa lapis kain untuk membuat pakaian dan tudung.
Kain yang nipis ini membuatkan ia amat sejuk apabila dipakai dan bahang kepanasan tidak terasa pada badan pemakainya.
Kainnya yang nipis membuatkannya sukar untuk dijahit dan ia juga agak licin dan sukar untuk dipegang apabila menjahit atau memotongnya. Untuk memotong kain chiffon, ia mesti diletakkan di atas permukaan yang tidak licin dan boleh dilapik dengan tisu di kedua-dua belah kain chiffon.

Pakaian yang menggunakan kain ini akan mengembang dan hilang bentuknya jika tidak dijaga dengan baik, Warnanya juga akan pudar jika didedahkan kepada cahaya matahari yang agak panas untuk jangkamasa yang lama. Oleh itu jangan menjemur terlalu lama di bawah cahaya terik matahari.

Kain chiffon yang diperbuat daripada sutera adalah yang paling lembut. Chiffon jenis ini perlu di basuh dengan tangan atau dry cleaned. Chiffon jenis lain boleh dibasuh di dalam mesin basuh dan  dengan menggunakan sabun yang sesuai. Jangan biarkan terlalu lama di dalam mesin basuh ketika proses pengeringan. Chiffon yang terlalu kering akan membuatkan ia kusut dan berkerunyut. Untuk menghilangkan kusut dan kerenyut, basahkan sedikit ia dengan air dan seterika.

Penghasilan pakaian daripada kain chiffon telah menjadi terkenal di negara kita terutama di dalam penghasilan tudung dan jubah wanita. Sepasang jubah wanita yang diperbuat daripada kain ini dijual di antara RM80 hingga RM180 bergantung kepada kualitinya.

Sekadar perkongsian.

Chiffon Characteristics

Chiffon is a lightweight, plain woven fabric made out of many different materials. The term chiffon comes from the French word meaning rag or cloth. The fabric is still a popular choice for formalwear, especially in women's clothing. The characteristics of chiffon make the fabric unique.
  1. Materials

    • Chiffon fabrics are typically made from different materials including silk, cotton, rayon or other synthetic fibers such as polyester. The yarn that creates the fabric is first twisted and then woven. This process gives the fabric its unique feeling when handled. Chiffon is soft but at the same time has a rough texture. The fabric is easily dyed to provide a wide variety of colors.


Read more : http://www.ehow.com/info_8642243_chiffon-characteristics.html
Chiffon is a lightweight, plain woven fabric made out of many different materials. The term chiffon comes from the French word meaning rag or cloth. The fabric is still a popular choice for formalwear, especially in women's clothing. The characteristics of chiffon make the fabric unique.

Read more : http://www.ehow.com/info_8642243_chiffon-characteristics.html
Chiffon is a lightweight, plain woven fabric made out of many different materials. The term chiffon comes from the French word meaning rag or cloth. The fabric is still a popular choice for formalwear, especially in women's clothing. The characteristics of chiffon make the fabric unique.

Read more : http://www.ehow.com/info_8642243_chiffon-characteristics.html

Pengalaman kali pertama ke Vietnam

Assalamualaikum,

Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Vietnam semata-mata untuk melihat peluang perniagaan yang boleh dibawa pulang ke Malaysia.
Pada 24hb Oktober 2014, saya telah ke Bandar Ho Chin Minh untuk mencari pembekal jubah muslimah dan telekung secara borong dengan harapan akan mendapat harga yang berpatutan/murah berbanding di Malaysia.
Tanpa ada sebarang kenalan di sana serta  merupakan kali pertama ke sana tambahan pula sering terdengar bahawa pengunjung kali pertama perlu mempunyai guide, kami meringankan kaki juga untuk memenuhi hasrat kami itu.
Sebelum ke sana, kami telah mendapat satu nombor telefon kepada pemborong tudung dan telekung di sana dan telah Berjaya menghubunginya melalui Whatsapp dan beliau menawarkan untuk menunggu kami di lapangan terbang.
Waktu penerbangn kami adalah pada pukul 11:15am waktu Malaysia dan dijangka tiba di Bandar Ho Chin Minh pada pukul 12pm waktu Vietnam. Hari itu adalah hari Jumaat dan kebetulan penerbangan kami delay selama hamper sejam menyebabkan kami sampai agak lewat pada pukul 1pm waktu Vietnam.
Sampai sahaja di lapangan terbang, orang yang sepatutnya menunggu kami di tempat yang dijanjikan tidak muncul dan kami tidak tahu cara untuk menghubunginya kerana tidak mempunyai talian internet dan tidak mempunyai sim kad tempatan.
Setelah menunggu hamper 15minit, datang seorang lelaki tempatan yang mempunyai iras orang Melayu menegur kami dan bertanyakan samada kami adalah orang yang dicari dan ternyata tersalah orang. Beliau merupakan seorang yang beragama Islam keraa telah memberi salam dan memakai songkok seakan-akan orang Melayu dan beliau berada di dalam keadaan kelam-kabut.
Kami meminta jasa baiknya untuk meminjam telefon untuk cuba menghubungi orang yang sepatutnya menunggu kami itu tetapi malangnya telefon itu tidak dijawab.
Barulah kami sedar apabila ditegur oleh lelaki itu bahawa sekarang ini adalah waktu solat Jumaat di sana dan barulah kami faham kenapa beliau dalam keadaan kelam kabut kerana perlu segera menunaikan solat Jumaat.
Kami amat bersyukur kerana setelah beliau berjumpa dengan sekumpulan wanita daripada Malaysia yang ditunggunya, dia menawarkan untuk membawa kami ke tempat yang ingin kami tuju. Pada mulanya kami agak keberatan kerana takut ditipu kerana telah mendengar beberapa nasihat daripada orang lain ntuk berhati-hati ketika berada di sana. Kami memberanikan diri untuk mengikutnya disebabkan kumpulan wanita daripada Malaysia itu yang turut serta menaiki 2 buah  teksi.
Alhamdulillah, kami telah sampai ke tempat yang dituju, mendapat layanan yang amat baik daripada pemilik kedai tersebut dan seterusnya dihantar ke hotel penginapan.
Sepanjang berada di sana selama 3 hari, masa dihabiskan degan mencari pembekal jubbah muslimah dan telekung untuk cuba berurusan pembelian secara pukal.
Ternyata harga yang ditawarkan tidaklah begitu murah kerana pembelian minima 10 pasang bersamaan dengan harga pembelian yang lebih besar. Jika membeli 10 pasang, 100 pasang malah 1000 pasang, harga borong yang ditawarkan adalah serupa. Ini tidak dicampur dengan kos  penghantaran dan juga cukai.
Walaubagaimanapun, kami tetap membeli dalam jumlah yang agak banyak untuk dibawa pulang sebagai sampel.
Terdapat terlalu banyak pilihan warna dan corak jubah di sana. Kami hanya mampu meminta sampel daripada pekedai tersebut untuk dijadikan contoh supaya dapat membuat tempahan kelak.
Kami juga telah berbincang tentang cara untuk membuat pesanan, pembayaran dan penghantaran untuk tempahan seterusnya.
Pengalaman membeli stok pakaian yang banyak mengajar kami untuk bersabar daripada membeli dalam kuantiti yang banyak kerana masalah melupuskan stok terutama jubah muslimah yang sering mengikut peredaran zaman dan perubahan fesyen yang bermusim.
Kami akan membuat pesanan secara pukal untuk tempahan seterusnya dan berharap para peniga di sana adalah jujur dan amanah di dalam menjalankan perniagaan. Kami agak yakin kerana semua yang kami berurusan merupakan orang-orang Islam Vietnam yang merupakan golongan minoriti di sana.
Disamping itu, kami juga sempat meneroka beberapa pusat membeli belah di sana seperi Ben Tanh Market dan Russia Market.
Pakaian yang dijual di sana tidaklah murah seperti yang disangka dan terdapat terlalu banyak barangan tiruan yang dijual. Antara barangan tiruan yang terkenal di sana adalah bag galas berjenama Deuter, Northface, Karrimor dan JackWolfskin. Ini kerana terdapat kilang yang mebuat bag yang asli ini di Vietnam untuk pasaran Eropah dan peniaga di sana mengambil kesempatan untuk menjual barangan tiruan daripada jenama yang sama.
Jika berkunjung ke sana, jangan melepaskan peluang untuk meminum kopi halal Vietnam yang dijual oleh peniaga berbasikal/motor dan memakan nasi kerak di Al Salam Restaurant.
Masa terluang juga boleh diisi dengan melawat ke Cuci Tunnel dan ke Sungai Mekong.

Sekadar perkongsian.