Assalamualaikum,
Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Vietnam semata-mata untuk melihat peluang perniagaan yang boleh dibawa pulang ke Malaysia.
Pada 24hb Oktober 2014, saya telah ke Bandar Ho Chin Minh untuk mencari pembekal jubah muslimah dan telekung secara borong dengan harapan akan mendapat harga yang berpatutan/murah berbanding di Malaysia.
Tanpa ada sebarang kenalan di sana serta merupakan kali pertama ke sana tambahan pula sering terdengar bahawa pengunjung kali pertama perlu mempunyai guide, kami meringankan kaki juga untuk memenuhi hasrat kami itu.
Sebelum ke sana, kami telah mendapat satu nombor telefon kepada pemborong tudung dan telekung di sana dan telah Berjaya menghubunginya melalui Whatsapp dan beliau menawarkan untuk menunggu kami di lapangan terbang.
Waktu penerbangn kami adalah pada pukul 11:15am waktu Malaysia dan dijangka tiba di Bandar Ho Chin Minh pada pukul 12pm waktu Vietnam. Hari itu adalah hari Jumaat dan kebetulan penerbangan kami delay selama hamper sejam menyebabkan kami sampai agak lewat pada pukul 1pm waktu Vietnam.
Sampai sahaja di lapangan terbang, orang yang sepatutnya menunggu kami di tempat yang dijanjikan tidak muncul dan kami tidak tahu cara untuk menghubunginya kerana tidak mempunyai talian internet dan tidak mempunyai sim kad tempatan.
Setelah menunggu hamper 15minit, datang seorang lelaki tempatan yang mempunyai iras orang Melayu menegur kami dan bertanyakan samada kami adalah orang yang dicari dan ternyata tersalah orang. Beliau merupakan seorang yang beragama Islam keraa telah memberi salam dan memakai songkok seakan-akan orang Melayu dan beliau berada di dalam keadaan kelam-kabut.
Kami meminta jasa baiknya untuk meminjam telefon untuk cuba menghubungi orang yang sepatutnya menunggu kami itu tetapi malangnya telefon itu tidak dijawab.
Barulah kami sedar apabila ditegur oleh lelaki itu bahawa sekarang ini adalah waktu solat Jumaat di sana dan barulah kami faham kenapa beliau dalam keadaan kelam kabut kerana perlu segera menunaikan solat Jumaat.
Kami amat bersyukur kerana setelah beliau berjumpa dengan sekumpulan wanita daripada Malaysia yang ditunggunya, dia menawarkan untuk membawa kami ke tempat yang ingin kami tuju. Pada mulanya kami agak keberatan kerana takut ditipu kerana telah mendengar beberapa nasihat daripada orang lain ntuk berhati-hati ketika berada di sana. Kami memberanikan diri untuk mengikutnya disebabkan kumpulan wanita daripada Malaysia itu yang turut serta menaiki 2 buah teksi.
Alhamdulillah, kami telah sampai ke tempat yang dituju, mendapat layanan yang amat baik daripada pemilik kedai tersebut dan seterusnya dihantar ke hotel penginapan.
Sepanjang berada di sana selama 3 hari, masa dihabiskan degan mencari pembekal jubbah muslimah dan telekung untuk cuba berurusan pembelian secara pukal.
Ternyata harga yang ditawarkan tidaklah begitu murah kerana pembelian minima 10 pasang bersamaan dengan harga pembelian yang lebih besar. Jika membeli 10 pasang, 100 pasang malah 1000 pasang, harga borong yang ditawarkan adalah serupa. Ini tidak dicampur dengan kos penghantaran dan juga cukai.
Walaubagaimanapun, kami tetap membeli dalam jumlah yang agak banyak untuk dibawa pulang sebagai sampel.
Terdapat terlalu banyak pilihan warna dan corak jubah di sana. Kami hanya mampu meminta sampel daripada pekedai tersebut untuk dijadikan contoh supaya dapat membuat tempahan kelak.
Kami juga telah berbincang tentang cara untuk membuat pesanan, pembayaran dan penghantaran untuk tempahan seterusnya.
Pengalaman membeli stok pakaian yang banyak mengajar kami untuk bersabar daripada membeli dalam kuantiti yang banyak kerana masalah melupuskan stok terutama jubah muslimah yang sering mengikut peredaran zaman dan perubahan fesyen yang bermusim.
Kami akan membuat pesanan secara pukal untuk tempahan seterusnya dan berharap para peniga di sana adalah jujur dan amanah di dalam menjalankan perniagaan. Kami agak yakin kerana semua yang kami berurusan merupakan orang-orang Islam Vietnam yang merupakan golongan minoriti di sana.
Disamping itu, kami juga sempat meneroka beberapa pusat membeli belah di sana seperi Ben Tanh Market dan Russia Market.
Pakaian yang dijual di sana tidaklah murah seperti yang disangka dan terdapat terlalu banyak barangan tiruan yang dijual. Antara barangan tiruan yang terkenal di sana adalah bag galas berjenama Deuter, Northface, Karrimor dan JackWolfskin. Ini kerana terdapat kilang yang mebuat bag yang asli ini di Vietnam untuk pasaran Eropah dan peniaga di sana mengambil kesempatan untuk menjual barangan tiruan daripada jenama yang sama.
Jika berkunjung ke sana, jangan melepaskan peluang untuk meminum kopi halal Vietnam yang dijual oleh peniaga berbasikal/motor dan memakan nasi kerak di Al Salam Restaurant.
Masa terluang juga boleh diisi dengan melawat ke Cuci Tunnel dan ke Sungai Mekong.
Sekadar perkongsian.
No comments:
Post a Comment