Assalamualaikum.
Walaupun baru sekali sahaja menjejakkan kaki ke Negara Vietnam tanpa pertolongan dan sebarang panduan, banyak perkara yang telah kami pelajari sejak daripada saat menjejakkan kaki ke Bandar Ho Chin Minh hinggalah saat pulang semula ke Malaysia.
Persiapan sebelum berangkat
Jika anda berhajat untuk membeli belah, tidak perlulah membawa barangan yang banyak. Saya pergi dengan hanya membawa sebuah bag galas yang kecil kerana di sana memang terkenal dengan bag galas/havesack berjenama yang amat murah untuk di bawa pulang.
Anda tidak perlu untuk menukar ke matawang Dong Vietnam dengan banyak kerana kadar tukaran di sana lebih baik daripada di Malaysia. Anda cuma perlu menukarkan lebih kurang RM50 sahaja untuk membayar tambang teksi. Pada waktu itu, kadar tukaran wang di KL untuk RM500 bersamaan dengan 3.13 juta Dong dan apabila sampai di sana, dengan RM500 saya mendapat sebanyak 3.3 juta Dong tetapi ini bergantung kepada kadar semasa.
Jika ingin membeli barangan yang banyak, tambahkan had kargo anda kerana jika terlebih berat di lapangan terbang ketika hendak pulang, anda terpaksa membayar dalam lingkungan RM50 untuk sekg tambahan Jika tambahan awal aau selewat-lewatnya 4 jam (rasa2nya) sebelum berangkat, 10 kg tambahan hanya dalam lingkungan RM44 untuk Airasia.
Ketibaan
Sesampai sahaja ke lapangan terbang, naik ke tingkat atas di balai berlepas dan cuba dapatkan teksi daripada syarikat Vinasun untuk mengelakkan ditipu, sama ada ditipu kadar tambang, jarak ataupun meter. Banyak syarikat teksi ataupun teksi persendirian di balai ketibaan yang cuba menipu penumpang luar negara yang baru tiba.
Jika anda berhajat untuk memborong barangan seperti jubah, telekung atau kain, cuba hubungi mereka sebelum bertolak dan mereka akan menunggu anda di balai ketibaan di lapangan terbang. Ini memang telah menjadi cara peniaga di sana terutama yang beragama Islam atau kaum Melayu Champa. Mereka juga fasih berbahasa Melayu.
Memilih tempat penginapan bukanlah sesuatu yang sukar sekarang ini kerana terdapat pelbagai platform online melainkan mereka yang pergi melalui agensi pelancongan. Orang seperti kami yang lebih suka pergi sendirian lebih suka melakukan semuanya menerusi talian. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Agoda.com untuk tempahan hotel, mereka ini worlwide dan mempunyai talian perkhidmatan pelanggan 24 jam termasuk di dalam bahasa Melayu. Kami memilih untuk menginap di Hotel Saigon Pink 2 kerana hotel tersebut selesa (lihat daripada gambarnya dulu) dan terletak di jalan yang mana peniaga di situ majoritinya beragama Islam dan kebanyakan kedai di situ menggunakan bahasa Melayu disebabkan oleh ramainya pelancong daripada Malaysia. Makanan juga kebanyakannya halal di jalan tersebut. Ia juga terletak tidak sampai 50 meter daripada pasar Ben Tanh.
Jangan lupa membawa multifunctional socket untuk mengecaj handphone ataupun gajet lain kerana plug di sana adalah berbeza. Di sana banyak menjualnya tetapi harga agak tinggi disekitar USD3 tetapi di Malaysia hanya dalam RM1 - RM3 sahaja.
Jika membeli belah di pasar ini, harga yang diletakkan amat tinggi dan anda kena pandai untuk mendapatkan harga potongan. Kadang-kadang harga yang diletakkan itu melebihi RM150 tapi kami dapat membelinya dengan harga kurang daripada RM50 daripada proses tawar menawar. Terdapat juga kedai yang meletakkan tanda harga tetap atau fixed price, dan biasanya memang tidak ada tawar menawar di kedai ini.
Nasihat saya, jangan terus membeli selepas tawar menawar dan cuba tanya harga di dalam matawang yang berbeza. Tanyakan pada peniaga tersebut harga di dalam RM, Dong Vietnam dan USD. Ini kerana terdapat banyak kali kami mendapat harga yang jauh berbeza, contohnya jika bayar menggunakan RM harganya dalam RM100, jika menggunakan Dong Vietnam cuma RM85 dan jika guna USD menjadi lebih mahal dan ada peniaga yang sebaliknya. Ini membuatkan kami menuliskan perbezaan nilai untuk ketiga-tiga matawang tersebut.
Untuk memudahkan, saya lampirkan contoh.
Kebiasaannya, jika anda telah mula tawar menawar, pekedai itu akan marah jika tidak membelinya dan mereka akan tanya berapa harga yang sanggup dibayar. Jangan berlalu begitu sahaja, berikan harga yang anda hendak dan jika mereka tidak setuju adalah lebih baik daripada kita berlalu begitu sahaja.
Jaga-jaga dengan wang anda kerana terdapat ramai penyeluk saku di dalam pasar ini. Elakkan menyimpan wang di dalam bag tangan dan purse. Saya ketika di sana memakai seluar yang di dalamnya terdapat seluar pendek berpoket untuk menyimpan wang.Pembantu kedai di sana biasanya perempuan amat suka menarik kita ke kedai mereka dan ada yang sanggup memegang dan memeluk tak kira lelaki ataupun perempuan.
Kepada yang ingin membeli telekung, pembekal yang terbesar dan paling mahir ialah Hjh Basiroh.
Untuk jubah dan tudung, persaingan adalah sama dan pilihan yang banyak daripada pekedai yang berbeza. Membeli belah untuk produk sebegini kami buat hanya di sepanjang jalan di Hotel Saigon Pink 2 (dlm bulatan) di sebelah Ben Tanh market. Rujuk google map.
Persiapan Pulang ke Malaysia
Sebaik-baiknya, jika barangan yang dibeli banyak, buka plastik pembungkus sebelum diletakkan di dalam bag (scanner kastam boleh kesan pembelian banyak). Elakkan daripada menggunakan bag besar seperti yang diperbuat daripada kanvas dan elakkan menggunakan kotak. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terkena cukai dikastam Malaysia. Elakkan berjalan secara berkumpulan ketika pemeriksaan kastam kerana kebiasaannya rombongan akan membeli dalam kuantiti yang banyak dan ahli kumpulan akan membawa barangan rakan lain atau membahagikan barangan yang hendak di bawa keluar. Pihak kastam juga akan selalu bertanya ataupun memeriksa dengan lebih teliti untuk mereka yang ke sana kurang daripada tiga hari kerana kebiasaannya peniaga yang ke sana untuk mengambil barang hanya akan berada sekejap sahaja di sana. Terdapat juga blogger yang berkongsi bahawa cuba elakkan mengambil penerbangan lewat malam.
Akhir kata, apabila pihak kastam bertanyakan berapa jumlah pembelian, ANDA MESTI TAHU DAN BERSEDIA untuk menjawabnya kerana nilai cukai adalah bergantung kepada nilai belian barangan di dalam RM.
Sekadar perkongsian. Harap membantu.
No comments:
Post a Comment